Da lama aku b'hajat nk beli set b'salin nie...ttpi tk tau nk bli ape set ape sbnrnye. Aku kalo bole nk settlekn semua pkra sblm aku b'salin nt. Pikir punya pikir aku bli pn wat pilihan + mentua suggest tuk aku beli Set Bersalin Leesa Formula (Set ConfineMum Premium) semalam. Harga dia RM350.00.
![]() |
8 produk tersebut |
![]() |
Set ConfineMum Set |
1. Bengkung Correctuer
2. Body Contour Gel
3. Cotet Emas Uncang
4. Ginger Cream
5. Minyak Telon
6. Pek Tungku Herba
7. Tablet Haruan Complex
8. Tablet Prawan
Maklumat lanjut & cara penggunaan Set Bersalin Leesa Formula
Bengkung Correctuer![]() |
Bengkung adalah amalan tradisi, di mana sekeping kain (bengkung) diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan. Bengkung CORRECTEUR dari Leesa Formula adalah singkatan 'Correct & Contour', khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang. Fungsi - Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil. - Merampingkan kembali pinggang. - Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh. - Menaik dan membentuk kembali punggung. - Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan. - Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang. Cara Penggunaan - Setelah menyapu Body Contour Gel Set Bersalin Leesa Formula di perut, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala kedepan dengan punca tali berada di bawah. - Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung. - Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan dibahagian bawahnya. - Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga dilubang kedua atas yang bertentangan (menjadikan ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap. - Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung. Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari. Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat jahitan. |
Body Contour Gel![]() |
Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak, selulit dan lendir. Ia disapu sebelum berbengkung di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Tanpa bau, tiada & mudah menyerap. Fungsi Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit. Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit. Mengurangi stretch mark. Cara Penggunaan - Hanya picit sebesar duit 20 sen, jumlah yang cukup untuk sapuan di seluruh kawasan perut, pinggul dan paha. (Cuci tangan anda dengan sabun sebaik selepas menyapu gel ini untuk mengelakkan kepanasan yang melekat kepada bahagian lain badan). - Sapu selepas mandi, pagi dan petang atau sebelum berbengkung. - Tidak perlu menggosok lama atau mengurut pusingan jam kerana ia cepat dan mudah meresap. - Sesuai juga untuk semua lelaki dan wanita yang tidak berpantang yang ingin mengempiskan perut dan merampingkan pinggang. |
Cotet Emas Uncang![]() |
Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin. Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai dan produk herba ini terdapat di set bersalin Leesa Formula. Fungsi Mengecutkan peranakan, memberi tenaga, menyihatkan tubuh, merapatkan kembali vagina, bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan. Cara Penggunaan - Masukkan satu uncang ke dalam bekas dan tuangkan air panas. - Biarkan seketika antara 3 hingga 5 minit. - Boleh diminum panas atau sejuk. |
Ginger Cream![]() |
Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Set Bersalin Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkanamalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia. Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit. Fungsi - Membuang angin dan mencegah angin dari memasuki badan. - Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan. - Mencair dan melancarkan perjalanan darah. - Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan. - Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan. - Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout. - Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut. - Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas. - Baik untuk orang-orang tua yang mengalami lenguh dan sengal badan. Cara Penggunaan Boleh disapu sekerap yang diingini di mana-mana bahagian badan: - Di dahi bagi mengganti pilis serta mengurangi pening kepala. - Di hidung bagi memberi bau untuk mencegah rasa loya. - Di kaki (sebelum berstokin. - Di bahagian belakang bahu bagi membantu mencegah masuk angin, membuang angin serta menghangatkan badan. - Dicampur dengan minyak urut untuk urut bersalin. |
Minyak Telon ![]() |
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi. Cara penggunaan - Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki. - Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin. - Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam. - Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki. Jauhkan dari kanak-kanak dan untuk kegunaan luar sahaja. |
Pek Tungku Herba![]() |
Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Set Bersalin Leesa Formula yang diilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara, limau purut, serai wangi dan camphor dalam bungkusan kain cotton, berfungsi sebagai 'batu tungku', dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu tuam ke badan terutama perut. Fungsi Pek Tungku Herba mudah, ringkas dan sangat berkesan bagi: - Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor. - Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan. Cara Penggunaan - Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk. - Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit - Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas, sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan. - Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut. - Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan. - Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas utk digunakan. - Ulang cara bertungku yang sama. |
Tablet Haruan Complex![]() |
Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka. Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan. Fungsi - Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan). - Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan. - Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan. Cara Penggunaan Digunakan secara tradisional untuk melegakan luka-luka kecil dan untuk melancarkan penghadaman. Aturan Pengambilan Untuk ibu berpantang : Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka). Untuk kegunaan lain : 2 biji sehari, bila-bila masa. |
Tablet Prawan![]() |
Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawandan tablet ini terdapat di set bersalin Leesa Formula. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang. Fungsi - Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan. - Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas. - Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air. - Mencegah masalah meroyan. - Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin. - Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang. Cara Penggunaan Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan. Aturan Pengambilan Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari. |
Disebabkan set nie da agak complete...so, baik je bli set nie....tayah nk memeningkan kepala nk bli itu ini pasni. Jimat budget aku...huhu... Set Bersalin Leesa Formula ConfineMum Premium boleh digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan. Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan kesemua produk set ConfineMum Leesa Formula bermula hari keempat selepas melahirkan.
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan pula,
Body
Contour Gel - Sapu di perut, pinggul dan peha kecuali tempat jahitan.
- Pek Tungku
Herba - Jangan letakkan tungku di atas luka jahitan.
-
Bengkung Correctuer - Boleh dipakai selepas 2 minggu
melahirkan
dan ikatan mengikut keselesaan individu.
Hope...aku dpt fokus dgn set nie...tk ponteng2 lak n then dpt la aku kurus pasni...
huhuhu!!!
No comments:
Post a Comment