Saturday, 18 April 2015


Jom amalkan Surah Al Baqarah ayat 60 untuk perbanyakkan susu ibu

Surah Al Baqarah ayat 60
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah

Sumber: resepirahsiaku

Terdapat satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw yang patut diamalkan oleh setiap ibubapa agar anak tersayang selamat daripada sebarang gangguan.

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:


“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” [Imam al-Bukhari]




#123:Pengalaman mengandung 36 minggu

Salam 1 Malaysia

Check up 36 minggu di klinik kesihatan dengan doktor. Macam biasa buat pemeriksaan rutin dan pertama kali aku tak perlu cucuk jari check hb...rasa janggal jugak..

Ibu:

Berat : Naik 0.8 kg
Yang lain-lain normal

Bayi:

Kedudukan kepala:   Bawah
Paras air ketuban :    Normal
Jantung                :    Normal
Anggaran berat    :    2.7 kg


Seriously, aku kalau boleh berat baby masa dia kuar atas 2 kg bawah 3kg tapi daripada anggaran berat sekarang macam tak yakin je baby dalam perut ni bawah 3 kg. Takutnya baby besar, nanti susah nak kuar...huhu...Boleh tak diet time mengandung ni?

Masa check up , nurse ada bagitahu yang selepas 36 minggu ni baby boleh keluar bila- bila masa dia nak sebab dah cukup bulan...huh cuak aku...nasihat dia, buku pink kena bawa pergi kemana sahaja selepas ni. Barang baby pun dah kena siap-siap dalam kereta.

36 minggu

  • Pergerakkan baby tak sekuat dulu aku rasa pergerakkan dia perlahan tapi cukup 10 x...nurse bagitahu tu sebab ruang rahim tu dah sempit kira normal lah.
  • Pinggang sakit selalu
  • tulang belakang rasa sakit dan badan lenguh-lenguh
  • Nafsu makan aku bertambah-tambah dan cepat lapar
  • Perut sakit//semput bila mencangkung lama
  • Tulang pelvik rasa sangat sakit ketika baring mengiring dan ketika bangun dari katil
  • Perut kadang -kadang mengeras disebabkan badan aku kurang oksigen dan kurang air
  • Tak boleh berjalan lama, rasa semput je


p/s: Paling lewat boleh bersalin normal 28/12/12. Huhu baru ingat nak rasa baby new year 1/1/13...huhu....baby kuar 12/12/12 ke 25/12/12 ke boleh tak? huhu

Hai...berjumpa kembali

Salam sejahtera!!!
Sudah lama rasanya tidak ke udara.
Gara-gara kesibukan diri dan kelupaan diriku...
mengingati password menyebabkan 2 tahun lebih
Tidak berkongsi rasa di laman blog ini.

Sepanjang 2 tahun lebih ini juga macam2
Kejadian telah menimpa diri ini dan
menyebabkan 100% landskap kehidupan berubah
tapi diri ini yakin...semuanya ada hikmah disebaliknya!!!

Nanti jika ada kesempatan akan diri ini ceritakan satu-persatu!!!